Popular Posts

Monday 26 December 2011

aq n kamoo

hai.....aty...nape la awk ase camni....da 2 rezki mreka awk xley jeles...mgkin blom tba masa utk awk @ masa utk awk da lpas cuma awk je yg xprasan awk dpt bnda 2.......sy taw awk da trlalu brusaha utk dptknnye,awk da cuba jd yg terbaik,awk da bg sgala syg n cinta awk...awk da bg harapan utk cinta....awk xslah sbb awk da reda smua ni tjadi....awk da kte dlu,kbahagiaan awk jd pkara trakhir dlm idop awk,ape yg pnting kbahagiaan owg yg awk syg,family awk,sahabat2 awk....awk kne ingat cinta bkn sgala2nye,awk still ade tanggungjawab utk bhgiakn owg laen..jgn isaw,dgn izin DIA,awk akn dpt bhgia yg awk da bg kt owg laen....SABAR,USAHA,TAWAKAL......

Friday 2 December 2011

love chocolate

LOVE CHOCOLATE’

Pintu bilik terbuka luas secara tiba-tiba dan Azi meluru masuk dengan muka yang masam mencuka. Beg dihempas ke katil dan pintu almari dibuka ganas. Semua baju yang terlipat kemas di dalamnya dan diletakkan di atas lantai. Azi kemudian duduk bersila sambil tangannya pantas melipat baju.

Sara yg sedang berbaring di atas katil smbil membaca novel terbaru keluaran terbitan Alaf 21 Sdn Bhd bertanya tanpa menoleh,``Kau gaduh dengan dia lagi ke”?

``Yelah,dengan siapa lagi?”Tangan Azi masih pantas melipat baju.

``Zrenna tak guna!”

``Apa kes pula kali ni?” Soal Sara selamba. Perangai macam ni dah biasa berlaku. Normal.

``Dia kata kau dah gemuk sangat ke?”

``Lagi teruk daripada tu!!! Dia kata aku orang yang degil,tak matang dan suka fikir yang bukan-bukan”.

``Tapi memang betul pun……”jawab Sara perlahan tapi masih dapat didengari Azi.

``Apa??”

``Zrenn tak patut kata kau macam tu.”

``Aku cuma cakap hot chocolate tak sedap, iced chocolate lagi sedap,tu pun dia nak cari gaduh dengan aku. Pelik la perangai dia tu”.

``Gaduh sebab air coklat?”Sara bertanya.

``Memang la dengarnya macam tak logik,tapi kau tak faham…Dia kata,melalui tabiat makan kata boleh menentukan sikap seseorang. Dia kata, dia macho dan matang sebab minum ‘hot chocolate’. Perasan betul la. Dia macho ke,Sara?”

``Tak”.

Azi tiba-tiba mengeluh. ``Kadang-kadang aku terfikir,macam mana la aku boleh terpikat dengan dia. Zrenn tak bosan ke selalu gaduh macam ni”,ada tak dia bagitahu kau yang dia bosan dengan aku? Kau dengan Zrenn kan dah kawan karib lama,dari zaman sekolah lagi. Lagipun dia lagi rapat dengan kau berbanding dengan aku?”

Dia dah mula dah …Walaupun Azi tak pernah cakap,tapi dia tahu apa yang difikirkan Azi.

``Boleh tak kau tak fikir yang bukan-bukan? Malam ni Zrenn pasti akan telefon kau,selepas tu kalian pasti baik balik….” jawab Sara seakan sudah menghafal apa yang akan berlaku antara Zrenn dan Azi.

Azi dan Sara turun daripada bas yang mereka naiki dan berjalan ke arah pusat membeli-belah yang ingin dituju.

``Aku tak tanya lagi,kenapa kau tak keluar dengan Zrenn hari ni,kau dah berbaikkan dengan Zrenn?”soal Sara.

``Mestilah dah baik,cuma Zrenn kata hari ni dia nak keluar dengan kawan dia,”Azi menjawab tanda faham.

``Kau tak kisah ke?”

``Taklah, sometimes kita kena keluar dengan kawan masing-masing juga baru ada privasi.”

Sara tersenyum. “Kadang-kadang ada jenis yang setiap masa kena pergi dating walaupun terpaksa mendengar bebelan orang tua yang kat rumah tu.

Azi membuat muka.``Aku bukan jenis yang macam tu ok ..Dalam hidup ni kita kena ada ruang untuk diri sendiri juga.”

``Patutlah Zrenn terpikat dengan kau…..,lagipun aku tak pernah keluar shopping dengan kau,aku jadi perunding imej kau hari ni ek….

Mereka melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah terkemuka dan pendingin hawa membuatkan mereka berasa segar.

Sara berhenti tiba-tiba dan menoleh.`` Kalau kau tengok aku macam dah hilang akal ,tolong cubit peha aku ya?”

Azi turut menoleh dan cuba memahami apa yang cuba diperkatakan Sara. Hantu novel la katakan. Nampak gayanya Azi terpaksa menjadi pendamping kepada Sara yang semakin menggila.

Masa dia temankan Zrenn belikan novel terbaru Aisya Sofea,Zrenn pun jadi macam tu. Zrenn dan Sara memang sama.

``Fuh,lega hati aku dapat memiliki novel ‘BUKAN HANYA SESAAT’karya Ainul Hazrah.

Azi ketawa kecil sambil menggeleng kepala.`` Kau makan mee segera selama sebulan semata-mata nak beli novel? Sampai masuk hospital kerana gastric.

``Itu kemalangan,selalu aku makan mee segera selalu pun tiada masalah, aku tahan lasak.”

Azi ketawa lagi,Zrenn dan Sara memang sama berfikiran ringkas dan singkat + cuai.

Sara meletakkan peha ayam di atas pinggan Sara. ``Aku tak suka”.

``Zrenn pun tak suka peha ayam”. Azi berkata sambil meletakkan kepak ayam di atas pinggan Sara.

``kau macam Zrenn versi perempuan,tahu tak?”


``Kau nak jumpa Zrenn ke? Soal Sara kepada Azi.

``Ye,tapi sekejap je, Zrenn nak pinjam helmet aku, helmet dia kawan dia pinjam belum pulangkan.”

``Tolong tanya Zrenn bila nak pulangkan novel aku”.

``Novel apa?”

``Zrenn tahu novel yang mana,jangan lupa belikan aku mee segera perisa kari”

Azi keluar dari rumah dengan membawa helmet.

``Siapa yang pinjam helmet awak tu?”

``Kawan,tak tahu bila nak pulangkan,boleh buat macam harta sendiri pula…”

``Kenapa tak minta?

``Tak apa la,kalau dia tahu itu bukan milik dia,tahulah dia pulangkan..”

``Awak sama dengan Sara”

``Betul la dia kata tu,pendapat kami selalunya sama”

``Pendapat kita selalu berbeza,kita selalu bertengkar tapi tak bagi awak dengan Sara,”Azi membuat muka masamnya seperti selalu.

``Apa maksud awak?”

``Tak ada apa, saya balik dulu,sebelum tu bila awak nak pulangkan novel Sara?”

Tanpa menunggu jawapan,Azi terus melangkah kaki untuk ke kedai sebelum pulang ke rumah untuk membeli mee segera yang Sara kirim. Agaknya Zrenn pun suka perisa kari sama macam Sara.

Keesokkannya di sebuah kafe.

``Ada kau bawa novel aku yang dah jadi hak kau tu” tanya Sara kepada Zrenn.

``ada,lambat pulangkan dah bising,aku jaga novel kau ni dah macam nyawa aku tahu,”

``Best tak novel Ombak Rindu ni?”

``Best,dah terbukti lelaki tak selalunya bersalah jika berlaku pertengkaran…”

``Tapi,perempuan juga tak patut dipersalahkan pada setiap pertengkaran yang terjadi dalam hubungan…”

Sara seperti penonton dalam filem pertempuran.

``Pendapat kita tak pernah sama…”rajuk Azi.

`Memanglah, pendapat saya selalunya sama dengan Sara….serasi.”

Mendengarkan ungkapan yang keluar dari mulut Zrenn,Azi lantas melangkah pergi tanpa menoleh ke arah Sara yang masih terpinga-pinga.

``Aku ingat kau bijak Zrenn tapi……yang kau pandai-pandai kata yang kita serasi kenapa?”

``Azi merajuk serius ke?”

``Habis la kau kali ni,Azi dah banyak terasa dengan kau,kau sedar tak?”

Azi betul-betul merasakan dia punca hubungan Sara dan Zrenn tak dapat diteruskan. Dia yang menjadi penghalang. Sara sepatutnya yang menjadi kekasih Zrenn bukannya Azi. Esok dia akan berjumpa dengan Zrenn untuk kali terakhir. Dia rela, dia memang sayangkan Zrenn tapi sahabat lagi penting dari kekasih.

``Aku rasa esok kau kena jumpa Azi,buat penjelasan bahawa kita tak pernah ada hubungan,kita serasi dah macam adik- beradik bukan kekasih.”

``Lagi nak buat apa?”

``Kau ni kan,jangan menjelaskan kelemahan yang kau miliki boleh tak? belilah teddy bear ke,bunga ke,novel ke,benda senang macam tu pun nak kena aku ajar”….

``Aku sekadar bergurau je,tak sangka pulak dia merajuk macam tu sekali. Dah berpuluh kali aku call tapi Azi tak angkat….”

``Gurau kau kata,dia dah fikir yang dia jadi penghalang dalam hubungan kita….spatutnya aku ni jadi awek kau tapi bila dia datang, dia yang masuk jarum….”

``takkan sampai macam tu sekali,aku tak ada selera langsung dengan kau,dia tu berfikiran sempit la….”

``Normal la kalau dia fikir macam tu.”

``Yela,tapi kau pun kena ada sekali,takut dia tak percaya pula nanti”.

``all right…..”

``Sara kau pergi mana-mana tak esok?”

``tak”…

`` Teman aku pergi Secret Recipe nak tak?”

``Ok…” jawab Azi ringkas.

Sudah jelas lagikan bersuluh,Azi betul-betul kecewa, merajuk dan putus asa kali ni….

Keesokkan harinya, setibanya mereka di Secret Recipe Azi terlihat Zrenn sudah ada menantikan kehadiran mereka berdua.

Sara berbisik,``maafkan aku,aku buat semua ni sebab nak betulkan keadaan.”

Azi mengangguk perlahan…

Azi terasa tangannya sejuk, dah sampai masanya untuk mereka berterus- terang. Zrenn mesti nak beritahu yang dia dah lama jatuh hati dengan Sara. Memang ini yang dia nak cakap,tak mengapa hati,kuatkan semangat kau.

Masing-masing diam 1000 bahasa.Azi mengambil keputusan untuk bersuara dahulu.

``Sebenarnya, saya dah tahu apa yang akan awak katakan hari ni Zrenn. Saya tahu awak dah lama pendam perasaan kat Sara tapi disebabkan saya awak nak jaga perasaan saya, awak abaikan hati awak….saya memang sayangkan awak tapi saya rela jika keputusan ni boleh buat awak lebih bahagia….saya sentiasa doakan kebahagiaan awak dengan Sara….selepas ni saya hanya akan mengintai kebahagiaan awak dari jauh….”ungkap Azi panjang lebar.

Dah sah,Azi dah salah faham yang teramat sangat….

``Apa awak merepek ni?Awak pening ke?Saya tak sempat buat apa-apa pun kat awak,takkan dah…….hehehe…..ok,ok,saya serius ek……saya dengan Sara memang dah kenal lama sebab tu kami serasi…tapi sekadar sebagai sahabat sejati….kenapa awak kata kami serasi dan sesuai jadi pasangan kekasih?

``Saya yakin yang awak sukakan Sara dah lama…sebab dari tabiat makan,sikap,hobi segalanya sama…tu dah menunjukkan awak dan Sara sangat sesuai”

``Saya dah anggap Sara macam adik sendiri dah,takkan saya suka dengan adik saya kot?”

Sara yang lama berdiam mula bersuara…``Betul,betul,betul,aku nak pakwe yang tinggi sesuai dengan aku,tak main la kurus-kurus ni,tak gagah langsung…..janggut pun tak ada…….not my taste k…,Azi dengar ni, banyak persamaan adalah sangat bosan,Zrenn tak pernah bosan dengan kau….

``Betul sayang,saya tak pernah bosan dengan awak,kita tak sependapat sebab saya suka tengok awak bersungguh-sungguh berdebat tentang apa yang awak tak puas hati…saya suka tengok awak marah,comel sangat….”

``Jadi saya lah yang terlalu banyak berfikir???”

``Tahu tak apa”,jawab Sara dan Zrenn serentak.

Azi terdiam,dan sedikit malu dengan sikapnya yang tergopoh – gapah.

``Kenapa diam,malu?”usik Zrenn sambil manghulurkan senaskah novel & sebuah kotak besar yang berisi teddy bear. Demi kekasih hati,dia sanggup menggunakan duit belanjanya untuk bulan ini untuk membeli ubat merajuk….

``Dah selesaikan,jom kita minum hot chocolate…”ujar Zrenn.

``hot chocolate?”soal Azi.

``Yela,Zrenn jika masalah dah selesaikan dia akan raikan dengan hot chocolate,”jawab Sara,

``aku pun suka tapi iced chocolates’’,kata Sara.

``Saya tak faham kenapa awak suka iced chocolate’’,Zrenn menyampuk sambil mengerutkan dahi.

Azi merajuk lagi,masih berpuncakan coklat…

``Aku minta diri dulu la ek.”Sara melangkah keluar membiarkan pasangan itu teruskan agenda pertengkaran mereka. Mengarut betul la. Zrenn dan Azi tak ubah macam air coklat. Berlainan,tapi tetapi air coklat. Different but same. Sama-sama suka bergaduh.

``Sara, kau suka coklat apa? Azi menyoal. Dia dan Zrenn memandang Sara.

``Please,jangan libatkan aku lagi”…..bye…hehehe

sorry,nukilan yg aq coretkan ni tak lebih sebagai tanda persahabatan yanf tiada galang gantinya………khas buat sahabat2 SK BRUAS,SMK RAJA SHAHRIMAN BRUAS,PERAK & KOLEJ RISDA MELAKA……

Aif_Aima